K-ekonomiK-Ekonomi telah menjadi asas kemajuan negara sejak akhiran ini. perubahan ini telah menampakkan tanda bahawa kejayaan negara amat bergantung dengan K-Ekonomi.
Kebaikan
1. Tidak melibatkan sumber bahan mentah yang banyak
- Ekonomi berasaskan pengetahuan hanya melibatkan kepakaran dalam bidang tertentu seperti kaedah, penciptaan, dan teknologi.
- Akibatnya, tenaga-tenaga pakar hanya melakukan segala inovasi tersebut di makmal atau sebagainya.
- Akibatnya, sumber bahan mentah yang banyak tidak diperlukan untuk menghasilkannya.
2. Tiada gangguan cuaca dan iklim
- kebanyakan ekonomi berasaskan pengetahuan hanya melibatkan kajian dan penyelidikan seperti kaedah dalam pertanian, kaedah merawat penyakit, dan kaedah dalam perindustrian.
- Akibatnya, kaedah ini boleh dilakukan di tempat tertentu yang tidak memerlukan kawasan yang luas.
- Akibatnya, ekonomi tersebut masih boleh dijalankan walaupun menghadapi masalah gangguan cuaca dan iklim.
3. Peningkatan Kajian dan Penyelidikan
- Ekonomi berasaskan pengetahuan mementingkan penemuan baru dalam sesuatu bidang ekonomi.
- Akibatnya, para pengkaji dan tenaga pakar akan sentiasa mencipta perubahan berasaskan penemuan tersebut.
- Akibatnya, bidang kajian dan penyelidikan di negara kita akan berkembang dengan pesat.
4. Permintaan tinggi
- Ekonomi berasaskan pengetahuan boleh mengubah sistem ekonomi bagi sesebuah negara seperti kejayaan mencipta teknologi moden dalam pelbagai bidang.
- Akibatnya, negara-negara mundur dan membangun yang tidak berupaya untuk menciptanya akan cuba mendapatkan pertolongan daripada negara kita.
- Akibatnya, permintaan yang tinggi daripada mereka akan berlaku
Ideas are welcome....